selamat datang

Tuesday 22 November 2011

SUKANEKA PRASEKOLAH DAN PPKI BERSAMA WARIS 2011

LAPORAN SUKANEKA PRASEKOLAH DAN PPKI BERSAMA WARIS 2011

Majlis sukaneka ini dikelolakan oleh guru Prasekolah iaitu Pn. Siti Rohaizah dan Pn. Ayu Azlina, PPM Prasekolah iaitu Pn. Zaimah dan Cik Nurulfathi Huda, guru PPKI iaitu Pn. Akmal dan PPM PPKI iaitu Cik Norhapizah. Ia juga melibatkan pihak waris/ibubapa murid Prasekolah, guru-guru SKBR, AJK PIBG dan ahli JKKK Felda Bukit Rokan. Sukaneka ini memberi  fokus kepada murid Prasekolah dan PPKI.
Sukaneka ini telah diadakan pada 14hb Mei 2011 iaitu pada hari Sabtu bertempat di Padang SK. Bukit Rokan (LKTP).  Ia bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Majlis ini mendapat  sambutan yang amat menggalakkan daripada pihak waris. Kehadiran murid Prasekolah dan PPKI juga amat baik iaitu mencapai  95 peratus.
Acara dimulakan dengan pertandingan individu yang melibatkan murid iaitu larian mengikut kategori umur dan jantina iaitu murid berumur 5 tahun dan 6 tahun dan PPKI dan tiup belon. Kemudian majlis diteruskan dengan acara sukaneka berkumpulan dimana murid dibahagikan kepada 6 kumpulan. Kumpulan 1, 2, 3 akan bertanding dalam acara lompat adik lompat, isi air dalam botol dan bola emas manakala kumpulan 4, 5, 6 akan bertanding dalam acara sepakan zig zag, bawa bola dalam sudu dan lumba lipan.
Setelah selesai acara untuk murid-murid majlis diteruskan dengan acara sukaneka yang melibatkan ibu bapa. Acara yang dipertandingkan adalah boling padang untuk lelaki dan susun surat khabar bagi wanita. Ianya dipertandingkan secara individu dan terbuka kepada semua tetamu hadir. Setelah selesai berlangsung pula acara murid bersama-sama dengan waris yang dipanggil “family game”. Acara ini hanya boleh disertai oleh waris yang mempunyai anak yang belajar di Prasekolah dan PPKI iaitu seorang wakil daripada pihak ibu/bapa dan murid. Antara acara yang dipertandingkan adalah kerusi muzik, makan biskut dan bawa telur dalam sudu. “Paper modeling”  menjadi acara penutup sukaneka iaitu ianya merupakan acara berkumpulan yang terbuka kepada semua tetamu yang hadir. Ia merupakan acara dimana peserta perlu merekabentuk baju untuk model yang dipilih daripada kertas surat khabar. Baju yang paling cantik dan kreatif akan dipilih sebagai pemenang.
Setelah selesai majlis mencapai kemuncaknya dengan acara penyampaian hadiah kepada semua pemenang . Pengerusi Majlis Jawatankuasa Waris iaitu En. Mohd Azmi B. Abd Ghani mengambil kesempatan menyampaikan cenderahati kepada guru dan PPM Prasekolah sebagai tanda terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan dalam mendidik murid-murid Prasekolah dengan cemerlang sehingga boleh mencapai taraf 5 Bintang.
Sebelum bersurai, semua yang hadir dijemput untuk menjamu selera. Majlis tamat pada pukul 12.00 tengahari.



Gambar-Gambar Berkaitan...

Antara orang-orang kuat Prasekolah...

Barisan tetamu-tetamu terhormat...

Acara larian 50M

Larian 50M

Tiup Belon sampai meletup...

Lompat adik lompat...

Masukkan air dalam botol..

Sepakan Zig Zag..

Lumba Lipan..

Rebut Gula-Gula

Acara Waris - Susun Surat Khabar

Acara Waris - Boling Padang

Acara Keluarga - Kerusi Muzik

Acara Terbuka - Paper Modeling




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.