selamat datang

Wednesday 19 December 2012

PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM (SAMBUTAN KEMERDEKAAN)



Tarikh             : 30.08.2012
Hari                 : Khamis
Aktiviti            : Pertandingan pakaian beragam tema kemerdekaan
Tempat           : Tapak perhimpunan SK.Bukit Rokan (LKTP)


Laporan
           
            Dalam pertandingan ini murid perlu memakai pakaian yang bertemakan Kemerdekaan atau 1 Malaysia. Pakaian disediakan oleh ibu bapa murid iaitu ibu bapa perlu memainkan peranan dalam aktiviti ini. Pertandingan ini disaksikan oleh semua warga SK.Bukit Rokan (LKTP). Pengadil terdiri daripada tiga orang guru di sekoloh ini yang memberi markah dari segi konsep pakaian, gaya dan keyakinan kendiri. Terdapat murid yang dapat memberikan gaya terbaik dan ada juga yang agak malu-malu. Terdapat murid yang menggayakan baju punjabi, baju jalur gemilang, baju askar, baju pengantin,baju kurung dan baju melayu. Seramai 8 orang peserta telah dipilih sebagai pemenang. Pemenang pertama dimenangai oleh Quemwell Owen J.Daransun yang memakai baju askar, kedua pula Mohd Alif Hakimi Bin Mohd Azmi yang memakai baju dari bendera jalur gemilang manakala tempat ketiga dimenangi oleh Mohd Idzham Hakimi yang memakai baju melayu bersamping dan bertanjak bendera jalur gemilang.









Pemenang Tempat Pertama
(Quemwell Owen J.Daransun)

Pemenang Tempat Kedua
(Mohd Alif Hakimi Bin Mohd Azmi)

Pemenang Tempat Ketiga
(Muhamad Idzham Hakimi Bin Amin)

Pemenang Tempat Keempat
(Muhammd Danish Aiman Bin Azmi)