Tarikh : 12.09.2012
Hari :
Rabu
Tempat : Zoo Melaka, River Cruise dan Restoren KFC (Sambutan Hari
Lahir)
Laporan
Lawatan
ini disertai oleh seramai 27 orang murid Prasekolah dan 5 orang guru pembimbing
iaitu Pn.Ayu Azlina, Pn. Siti Rohaizah, Pn. Zaimah, Cik Norhapizah dan
En.Arumugam. Perjalanan bermula pada pukul 8.00 pagi. Lebih kurang pada pukul
9.00 pagi kami sampai ke Zoo Negara. Kami sempat bersarapan nasi lemak sebelum
melawat ke Zoo Negara. Murid dapat melihat dan mengenali pelbagai jenis haiwan
dengan lebih dekat. Setelah 2 jam di Zoo Negara kemi bertolak ke Restoren KFC
untuk meraikan Majlis Sambutan Hari Lahir. Murid berpeluang menyambut Hari
Lahir di restoren ini. Pelayan di restoren ini memberi layanan yang baik kepada
kami. Murid kelihatan agak berselera menikmati hidangan kerana penat berjalan
melihat haiwan-haiwan di Zoo Melaka dan menikmati keindahan alam semulajadi.
Selepas selesai solat Zohor kami meneruskan perjalanan ke River Cruise. Murid
berpeluang menaiki motobot menikmati keindahan di sepanjang Sungai Melaka.
Aktiviti ini mengambil masa selama 1 jam. Kami mengambil peluang bergambar di
River Cruise dan bersantai sambil memakan aiskrim. Kami bertolak pulang pada
pukul 4.30 petang dan sampai di sekolah pada pukul 5.30 petang.
Bergambar di pintu masuk Zoo Melaka
Melihat haiwan di zoo...
Melihat haiwan di zoo...
Sambutan Hari Lahir di Restoren KFC
Sedapnye makan...
Jomlah join kitaorang....
Sekejap ye Kak Pizah dan Umi Zaimah hidangkan...
Bergambar di hadapan KFC
Menaiki bot laju di River Cruise Melaka
Nak naik lagi boleh???
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.