selamat datang

Wednesday, 23 November 2011

PENGENALAN PRASEKOLAH

Prasekolah Sk. Bukit Rokan mempunyai dua kelas prasekolah iaitu Prasekolah Nur Iman dan Prasekolah Mutiara. Guru bagi Prasekolah Nur Iman adalah Cikgu Ayu Azlina Binti A.Aziz bersama PPM iaitu Cik Nurulfathi Huda Binti Maleb manakala Prasekolah Mutiara guru nya adalah Cikgu Siti Rohaizah Binti Dolah bersama dengan PPM iaitu Pn. Zaimah Binti Abd Latip.


Gambar Prasekolah Nur Iman
                                                                       









Gambar Prasekolah Mutiara










GAMBAR KELAS BAGI TAHUN 2011


PRASEKOLAH NUR IMAN



PRASEKOLAH MUTIARA




LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR BERSAMA WARIS



1. Berikut adalah maklumat tentang lawatan;
     Tarikh     : 21.11.2011
     Hari        : Isnin
     Masa      : 7.00 pagi
     Tempat   : Zoo Negara, Pusat Sains Negara, Putrajaya
     Peserta   : 40 orang 


2. Peserta terdiri daripada murid Prasekolah Mutiara dan Prasekolah Nur Iman, guru dan PPM Prasekolah, serta pihak waris. Ia merupakan salah satu daripada aktiviti waris yang telah dirancang pada tahun ini.


3. OBJEKTIF

Setelah melaksanakan program ini diharapkan peserta program akan dapat:

3.1       Mengembangkan daya kreatif dan estetika pelajar.
3.2       Mengaplikasikan ilmu-ilmu yang telah dipelajari di sekolah khususnya    
           yang berkaitan dengan tema hidupan ,cakerawala dan alam sekitar.
3.3       Memperkayakan pengetahuan dan pengalaman hasil dari lawatan yang    
           dikunjungi.
3.4       Memupuk semangat tolong menolong, hormat-menghormati dan 
           mengeratkan hubungan persahabatan.
3.5       Menghargai dan menghayati anugerah serta kebesaran illahi.







Bergambar kenangan di pintu masuk  Zoo Negara


Mari kite masuk ke Zoo....

Show time...



Pose dalam bas...

Aktiviti Membuat Robot Di Pusat Sains

Aktiviti Membuat Robot di Pusat Sains

Ye..ye.. robot kite dah siap..

Kite pun dah siap jugak...terrer tak?

Zaim punye lagi cantik...jangan jeles, peace!!!

yang kat belakang tu guru dan PPM yang berkaliber...

Mari menari tarian robot...

Besarnya Dinasour ni...

 Pameran Dinasour di Pusat Sains

Robot Panda

Ni lah robot kucing saya..comel tak?

Robot ni namanye Actroid, boleh jawab ape kite tanya...

Seronok lompat tilam nampak...

JAMUAN HARI RAYA PRASEKOLAH BERSAMA WARIS 2011

JAMUAN HARI RAYA

   Jamuan Hari Raya ini diraikan bersama dengan waris prasekolah pada 28.09.2011. Ianya merupakan aktiviti wajib pada setiap kali Sambutan Hari Raya Puasa. Bagi mempelbagaikan jenis juadah, kami telah meminta pihak waris menyumbang satu menu bagi setiap orang. Ternyata pihak waris sedia bekerjasama dan sudi menyumbang pelbagai jenis juadah. Antara juadah nya adalah rendang ayam, nasi lemak, ketupat, mee goreng, bihun goreng, kue tiaw serta pelbagai jenis manisan seperti kek coklat, kuih muih, agar-agar dan kuih raya.
   Diharapkan aktiviti ini dapat merapatkan siraturrahim antara guru-guru dan pihak waris Prasekolah. Kehadiran pihak waris yang amat menggalakkan menunjukkan sokongan mereka kepada aktiviti Jawatankuasa Waris Prasekolah pada tahun ini. Diharapkan waris bagi murid Prasekolah pada tahun depan akan lebih aktif lagi.



Gambar-Gambar yang berkaitan...

Hensem dan cantik berbaju melayu dan berbaju kurung...

Seronoknye...anak sape lah ni..

Cikgu pun nak pose jugak...

Yang kiri kanan dh lama di puankan, yang tengah baru je di puankan...

Ramai yang sudi hadir...terima kasih

Antara cikgu-cikgu yang sudi hadir...terima kasih jugak...

Mari...mari kita makan..

Tuesday, 22 November 2011

MAJLIS HARI LAHIR PRASEKOLAH NUR IMAN 2011

LAPORAN MAJLIS HARI LAHIR PRASEKOLAH NUR IMAN 2011

HARI                      : JUMAAT
TARIKH                : 24.06.2011
MASA                   : 10.00 PAGI – 11.30 PAGI
TEMPAT               : PRASEKOLAH NUR IMAN

                Sebelum kelas bermula pada pukul 7.30 pagi, murid bekerjasama dengan guru dan PPM menghias kelas dengan belon dan reben hari lahir. Pembelajaran diteruskan seperti biasa sehingga pukul 10.00 pagi. Majlis diteruskan dengan sesi bergambar bersama murid, guru dan PPM. Terdapat seorang murid yang tidak dapat menghadirkan diri pada majlis ini iaitu Muhammad Nurikhwan.
                Pada pukul 10.15 pagi, murid berkumpul di ruangan makan untuk jamuan makan. Murid dijamu dengan nasi ayam, buah-buahan dan minuman. Setelah selesai makan, majlis beralih pula ke sesi memotong kek hari lahir. Murid kelihatan seronok dapat menyanyikan lagu hari lahir, meniup lilin dan memotong kek bersama-sama.
                Tentatif program diteruskan dengan aktiviti permainan seperti pertandingan menanduk belon paling lama dan miniup belon paling besar. Sebelum pulang murid dibekalkan dengan topi hari lahir, belon, bekalan makanan dan hadiah hari lahir.
                Program ini berjaya mencapai objektif dan matlamat yang diharapkan. Diharapkan pada tahun hadapan ianya akan lebih meriah lagi.











MAJLIS BERGAMBAR GRADUASI 2011

LAPORAN MAJLIS GRADUASI (BERGAMBAR PRASEKOLAH)

Tarikh         : 19 September 2011
Hari             : Isnin
Masa            : 8.00 – 10.00 am
Tempat        : Prasekolah Nur Iman

Laporan :
1.     Guru telah menggunakan khidmat jurufoto dari ETRABRITE PHOTOGRAPHERS SERVICES beralamat B/4/7 Jln TBK 1/11 Apartment Cempaka, Taman Bukit Kinrara, Puchong iaitu Nizam.
2.    Pakej yang ditawarkan adalah 1 keping gambar 8R, 1 keping gambar 5R dan 4 keping gambar sijil ukuran pasport dengan harga RM 17.
3.    Jubah dan topi juga disediakan olah jurufoto.

Ulasan :
1.     Terima kasih kepada guru besar yang telah bekerjasama menjayakan majlis ini.
2.    Murid-murid juga kelihatan seronok dan sangat teruja bila guru mengenakan “make-up” kepada murid-murid perempuan.
3.    Ternyata aktiviti ini dapat memberi perangsang kepada murid untuk belajar bersungguh-sungguh semasa di prasekolah.
4.    Aktiviti ini diharapkan  dapat diteruskan pada tahun hadapan.
PP


PRASEKOLAH NUR IMAN










PRASEKOLAH MUTIARA





















SUKANEKA PRASEKOLAH DAN PPKI BERSAMA WARIS 2011

LAPORAN SUKANEKA PRASEKOLAH DAN PPKI BERSAMA WARIS 2011

Majlis sukaneka ini dikelolakan oleh guru Prasekolah iaitu Pn. Siti Rohaizah dan Pn. Ayu Azlina, PPM Prasekolah iaitu Pn. Zaimah dan Cik Nurulfathi Huda, guru PPKI iaitu Pn. Akmal dan PPM PPKI iaitu Cik Norhapizah. Ia juga melibatkan pihak waris/ibubapa murid Prasekolah, guru-guru SKBR, AJK PIBG dan ahli JKKK Felda Bukit Rokan. Sukaneka ini memberi  fokus kepada murid Prasekolah dan PPKI.
Sukaneka ini telah diadakan pada 14hb Mei 2011 iaitu pada hari Sabtu bertempat di Padang SK. Bukit Rokan (LKTP).  Ia bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Majlis ini mendapat  sambutan yang amat menggalakkan daripada pihak waris. Kehadiran murid Prasekolah dan PPKI juga amat baik iaitu mencapai  95 peratus.
Acara dimulakan dengan pertandingan individu yang melibatkan murid iaitu larian mengikut kategori umur dan jantina iaitu murid berumur 5 tahun dan 6 tahun dan PPKI dan tiup belon. Kemudian majlis diteruskan dengan acara sukaneka berkumpulan dimana murid dibahagikan kepada 6 kumpulan. Kumpulan 1, 2, 3 akan bertanding dalam acara lompat adik lompat, isi air dalam botol dan bola emas manakala kumpulan 4, 5, 6 akan bertanding dalam acara sepakan zig zag, bawa bola dalam sudu dan lumba lipan.
Setelah selesai acara untuk murid-murid majlis diteruskan dengan acara sukaneka yang melibatkan ibu bapa. Acara yang dipertandingkan adalah boling padang untuk lelaki dan susun surat khabar bagi wanita. Ianya dipertandingkan secara individu dan terbuka kepada semua tetamu hadir. Setelah selesai berlangsung pula acara murid bersama-sama dengan waris yang dipanggil “family game”. Acara ini hanya boleh disertai oleh waris yang mempunyai anak yang belajar di Prasekolah dan PPKI iaitu seorang wakil daripada pihak ibu/bapa dan murid. Antara acara yang dipertandingkan adalah kerusi muzik, makan biskut dan bawa telur dalam sudu. “Paper modeling”  menjadi acara penutup sukaneka iaitu ianya merupakan acara berkumpulan yang terbuka kepada semua tetamu yang hadir. Ia merupakan acara dimana peserta perlu merekabentuk baju untuk model yang dipilih daripada kertas surat khabar. Baju yang paling cantik dan kreatif akan dipilih sebagai pemenang.
Setelah selesai majlis mencapai kemuncaknya dengan acara penyampaian hadiah kepada semua pemenang . Pengerusi Majlis Jawatankuasa Waris iaitu En. Mohd Azmi B. Abd Ghani mengambil kesempatan menyampaikan cenderahati kepada guru dan PPM Prasekolah sebagai tanda terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan dalam mendidik murid-murid Prasekolah dengan cemerlang sehingga boleh mencapai taraf 5 Bintang.
Sebelum bersurai, semua yang hadir dijemput untuk menjamu selera. Majlis tamat pada pukul 12.00 tengahari.



Gambar-Gambar Berkaitan...

Antara orang-orang kuat Prasekolah...

Barisan tetamu-tetamu terhormat...

Acara larian 50M

Larian 50M

Tiup Belon sampai meletup...

Lompat adik lompat...

Masukkan air dalam botol..

Sepakan Zig Zag..

Lumba Lipan..

Rebut Gula-Gula

Acara Waris - Susun Surat Khabar

Acara Waris - Boling Padang

Acara Keluarga - Kerusi Muzik

Acara Terbuka - Paper Modeling