selamat datang

Monday 26 November 2012

LAWATAN KE MELAKA DAN SAMBUTAN HARI LAHIR


Tarikh             : 12.09.2012
Hari                 : Rabu
Tempat           : Zoo Melaka, River Cruise dan Restoren KFC (Sambutan Hari Lahir)

Laporan
            Lawatan ini disertai oleh seramai 27 orang murid Prasekolah dan 5 orang guru pembimbing iaitu Pn.Ayu Azlina, Pn. Siti Rohaizah, Pn. Zaimah, Cik Norhapizah dan En.Arumugam. Perjalanan bermula pada pukul 8.00 pagi. Lebih kurang pada pukul 9.00 pagi kami sampai ke Zoo Negara. Kami sempat bersarapan nasi lemak sebelum melawat ke Zoo Negara. Murid dapat melihat dan mengenali pelbagai jenis haiwan dengan lebih dekat. Setelah 2 jam di Zoo Negara kemi bertolak ke Restoren KFC untuk meraikan Majlis Sambutan Hari Lahir. Murid berpeluang menyambut Hari Lahir di restoren ini. Pelayan di restoren ini memberi layanan yang baik kepada kami. Murid kelihatan agak berselera menikmati hidangan kerana penat berjalan melihat haiwan-haiwan di Zoo Melaka dan menikmati keindahan alam semulajadi. Selepas selesai solat Zohor kami meneruskan perjalanan ke River Cruise. Murid berpeluang menaiki motobot menikmati keindahan di sepanjang Sungai Melaka. Aktiviti ini mengambil masa selama 1 jam. Kami mengambil peluang bergambar di River Cruise dan bersantai sambil memakan aiskrim. Kami bertolak pulang pada pukul 4.30 petang dan sampai di sekolah pada pukul 5.30 petang.

Bergambar di pintu masuk Zoo Melaka

Melihat haiwan di zoo...

Melihat haiwan di zoo...

Sambutan Hari Lahir di Restoren KFC

Sedapnye makan...

Jomlah join kitaorang....
Sekejap ye Kak Pizah dan Umi Zaimah hidangkan...

Bergambar di hadapan KFC

Menaiki bot laju di River Cruise Melaka

Nak naik lagi boleh???

PROJEK GRAVITY AREA

PROJEK GRAVITY AREA


                                                 Lukisan pada kain cotton

Cop tangan murid pada kain

Murid mewarnakan lukisan pada kain cotton

Murid mewarnakan lukisan pada kain cotton

Inilah hasilnya "Projek Gravity Area" kami...